PENGENALAN
Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.
LATAR BELAKANG
Program Rakan Muda telah dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1994. Program ini telah diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial dengan tumpuan untuk melahirkan generasi pewaris yang sempurna, bertanggungjawab, aktif, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya.
Pendekatan pelaksanaan Program Rakan Muda adalah berdasarkan kepada sembilan Gaya Hidup yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda. Sembilan Gaya Hidup tersebut ialah Rakan Rekreasi, Rakan Wajadiri, Rakan Sukan, Rakan Kecergasan, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Masyarakat, Rakan Cinta Alam dan Rakan Seni Budaya.
Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006, seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti. Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Mei 2007 telah bersetuju untuk meneruskan program ini di bawah Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat. KBS melalui BPRM berperanan untuk memupuk dan menerapkan semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda melalui program Sukarelawan Rakan Muda yang diperkenalkan pada tahun 2004. Pelbagai aktiviti telah melibatkan Sukarelawan Rakan Muda seperti tragedi Tsunami pada tahun 2004. Banjir di Johor dan Program Rakan Masyarakat SRM Antarabangsa Combodia 2007. Program pembangunan kesukarelaan terus dipergiatkan dan beberapa pendekatan baru telah dirangka bagi memastikan ia berkembang dan golongan belia menjadi aset sosial negara.
VISI DAN MISI
VISI
Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.
MISI
Melahirkan remaja yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, sentiasa berkhidmat dan daya juang yang tinggi dan berfikiran positif.
PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDA
Rakan Muda mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah:-
RAKAN WAJADIRI
______________________________________________________________________________________________
RAKAN JIRAN MUDA
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN CINTA ALAM
Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN WIRAUSAHA
Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN KECERGASAN
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN SENI BUDAYA
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN INOVASI
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.
______________________________________________________________________________________________
RAKAN REMAJA SIBER
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai sat platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua kompleks Rakan Muda.









No comments:
Post a Comment